Friday, April 3, 2009

Kelengkapan Asas Berjuang di Medan eBay


Salam buat semua pengunjung blog eBayfami.

Dalam kesempatan kali ini saya ingin mencoretkan beberapa keperluan dan kelengkapan untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan eBay.

1. Pendaftaran di ebay Malaysia (www.ebay.com.my) atau eBay US (www.ebay.com).Saya mencadangkan anda daftar di eBay Malaysia. Ape pun segalanya terserah pada anda yang menentukannya.

2. Membuka akaun Paypal di www.paypal.com yang akan berfungsi sebagai bank eBay anda kelak. Melalui paypal pembeli barangan eBay anda akan membuat pembayaran.Mempunyai akaun Paypal dan eBay yang berusia setahun ke atas adalah satu bonus untuk anda memulakan perniagaan di eBay. Ini kerana Paypal mempunyai polisi pemeriksaan akaun yang ketat bagi akaun-akaun baru.

3. Menyediakan sekeping kad debit VISA untuk keperluan verifikasi oleh pihak eBay dan Paypal. Saya cadangkan anda dapatkan kad debit VISA Electron keluaran Public Bank, Visa Al-Rajhi dan lain-lain yang mempunyai logo VISA.

Perkara ini bukan satu kewajipan kerana sekiranya anda mempunyai kad kredit VISA atau Mastercard juga boleh diterima untuk pengesahan oleh pihak Paypal dan eBay. Cuma untuk makluman, bagi tujuan pengeluaran duit dari akaun Paypal ianya memerlukan kad yang berlogo VISA.

4. Dan yang paling penting anda sebagai usahawan baru eBay haruslah mempunyai semangat kental dan keinginan yang tinggi untuk berjaya tanpa mengenal erti putus asa.

5 Tidak keterlaluan jika saya katakan untuk anda lebih memahami secara mendalam bagaimana menjalankan bisnes eBay, setiap dari anda wajib memiliki E-Book Panduan & Teknik Rahsia eBay hasil nukilan sifuLAN. Secara jujur dan ikhlas saya akui walaupun telah berkecimpung dalam dunia online dan pelaburan internet sejak 2004 inilah satu-satunya E-book yang betul-betul MELETUP dan menghasilkan kebebasan kewangan kepada saya dan keluarga.

Panduan dan Teknik eBay ini begitu lengkap untuk anda memulakan langkah pertama sebagai seorang usahawan eBay. Sila klik banner di bawah untuk membeli E-book ini dengan kadar segera. Rebut peluang ini dan miliki ianya sebelum terlambat.



Saya tidak memaksa anda untuk membeli ebook ini kerana pada anda mungkin ini satu lagi karya-karya SAMPAH yang hanya ingin merompak duit dari poket anda( Saya juga berfikiran seperti anda pada mulanya). Semuanya terserah pada anda untuk sama-sama mengubah taraf hidup masing-masing. Insya-Allah saya sedia membantu mereka yang berusaha gigih untuk mencari sumber kewangan tambahan di kala zaman krisis ekonomi yang meruncing sekarang ini.

Thursday, April 2, 2009

Salam perkenalan pembuka bicara

Salam buat semua rakan seperjuangan dan bakal usahawan eBay yang sudi meluangkan masa melayari blog ini.

Atas rasa prihatin dan dorongan dari sifu dan kawan-kawan maka hari ini dengan rasminya saya melancarkan blog panduan eBay untuk tatapan semua.

Alhamdulilah dengan pengalaman saya yang masih mentah dalam eBay, saya akan cuba mengupas dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu eBay dengan anda semua.

Ok di kesempatan posting yang pertama ini saya dengan seikhlas hati ingin berkongsi pengalaman bagaimana terjebak dengan eBay ini. Berikut luahan pertama saya di forum tertutup untuk dikongsikan bersama:

"by jutaONEfami » Tue Jan 13, 2009 3:04 pm
Salam semua,

Di kesempatan ini aku ingin berkongsi pengalaman kejayaan kecil aku dlm dunia eBay.

Terima kasih tidak terhingga pada shahraduan yang introduce pada aku ebook sifu lan ni.actually aku dah lama kenal shah plus memang sejak 2006 dah ada akaun ebay n paypal.dulu masa tgh hangat jual beli dinar iraq hehehe so adalah 5 feedback buat modal nak start serius sekarang.

dah lama jugak aku tau shah bisnes kat ebay zaman2 dia jual oakley smp kena suspend akaun paypal n ebay hehehehe..ntahla time tuh dia rajin gak ajak aku bisnes ebay serius tp aku buat dek jer hahaha...

Ntah mcm mana baru2 ni minggu lepas la aku saja2 ym shah ty dok bisnes ape sekarang? dgr pulak cite siap amik cuti 3 bulan nak fokus ebay..aku pun terkejut gak dgr tp bila lama2 sembang ngan dia terus esok petang aku buat decision mana leh tgk dia sorg jer kaya raya hehehe..natijahnya terus aku beli ebook sifu-lan petang rabu 7jan09.malam tuh dapat jer ebook terus khatam mlm tuh jugak kekekeke semangat giler..

Mmg berbaloi la beli ebook ni even aku dah boleh skip part ebay n paypal..its good overall

Dan hari ni aku dah berjaya completekan satu order mousepad ship ke US.dan untuk elakkan shipping cost aku pun layan order present HITC watch utk wife tersayang plus jam aku sekali (letak gmbr kawin) termasuk free mousepad (gmbr anak aku).

oklah sedikit sebanyak cite kejayaan kecil aku.moga2 mencapai kejayaan yang lebih mantop hehehehe :lol: :lol: :lol:

p/s-thanks pada shah yang rajin melayan karenah aku hehehehe moga hang makin murah rezek
i"

Yang ikhlas,
jutaONEfami
eBay Power Seller since 10 March 2009