Friday, April 3, 2009

Kelengkapan Asas Berjuang di Medan eBay


Salam buat semua pengunjung blog eBayfami.

Dalam kesempatan kali ini saya ingin mencoretkan beberapa keperluan dan kelengkapan untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan eBay.

1. Pendaftaran di ebay Malaysia (www.ebay.com.my) atau eBay US (www.ebay.com).Saya mencadangkan anda daftar di eBay Malaysia. Ape pun segalanya terserah pada anda yang menentukannya.

2. Membuka akaun Paypal di www.paypal.com yang akan berfungsi sebagai bank eBay anda kelak. Melalui paypal pembeli barangan eBay anda akan membuat pembayaran.Mempunyai akaun Paypal dan eBay yang berusia setahun ke atas adalah satu bonus untuk anda memulakan perniagaan di eBay. Ini kerana Paypal mempunyai polisi pemeriksaan akaun yang ketat bagi akaun-akaun baru.

3. Menyediakan sekeping kad debit VISA untuk keperluan verifikasi oleh pihak eBay dan Paypal. Saya cadangkan anda dapatkan kad debit VISA Electron keluaran Public Bank, Visa Al-Rajhi dan lain-lain yang mempunyai logo VISA.

Perkara ini bukan satu kewajipan kerana sekiranya anda mempunyai kad kredit VISA atau Mastercard juga boleh diterima untuk pengesahan oleh pihak Paypal dan eBay. Cuma untuk makluman, bagi tujuan pengeluaran duit dari akaun Paypal ianya memerlukan kad yang berlogo VISA.

4. Dan yang paling penting anda sebagai usahawan baru eBay haruslah mempunyai semangat kental dan keinginan yang tinggi untuk berjaya tanpa mengenal erti putus asa.

5 Tidak keterlaluan jika saya katakan untuk anda lebih memahami secara mendalam bagaimana menjalankan bisnes eBay, setiap dari anda wajib memiliki E-Book Panduan & Teknik Rahsia eBay hasil nukilan sifuLAN. Secara jujur dan ikhlas saya akui walaupun telah berkecimpung dalam dunia online dan pelaburan internet sejak 2004 inilah satu-satunya E-book yang betul-betul MELETUP dan menghasilkan kebebasan kewangan kepada saya dan keluarga.

Panduan dan Teknik eBay ini begitu lengkap untuk anda memulakan langkah pertama sebagai seorang usahawan eBay. Sila klik banner di bawah untuk membeli E-book ini dengan kadar segera. Rebut peluang ini dan miliki ianya sebelum terlambat.



Saya tidak memaksa anda untuk membeli ebook ini kerana pada anda mungkin ini satu lagi karya-karya SAMPAH yang hanya ingin merompak duit dari poket anda( Saya juga berfikiran seperti anda pada mulanya). Semuanya terserah pada anda untuk sama-sama mengubah taraf hidup masing-masing. Insya-Allah saya sedia membantu mereka yang berusaha gigih untuk mencari sumber kewangan tambahan di kala zaman krisis ekonomi yang meruncing sekarang ini.

No comments:

Post a Comment